Sep 15, 2009

Makin Mesra di Ramadhan 1430H

Kapan lagi bisa merasakan ifthar bareng presiden MUIS (H. Mohd Alami Musa) dan peserta lain dari berbagai negara. Undangan khusus yang dihadiri enam orang sahabat kami untuk hadir dalam acara ifthar bersama di gedung MUIS yang baru ini saya fikir sebuah awal yang baik. MUIS berinisiatif untuk jemput bola mengundang masyarakat muslim berbagai negara yang memang exist di Singapura ini.

Ini foto dari guntingan Berita Harian.
(satu-satunya pria ganteng pemakai batik tentu asli Indonesia)



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) mengadakan majlis iftar khas bersama 80 anggota kumpulan Islam baru yang berasal dari India, Pakistan, Bangladesh, Turkey, Indonesia, Arab Saudi and Palestin Jumaat lalu (11-Sep-2009). Acara anjuran Unit Strategik Rangkaian Rakyat (PNSU) Muis itu diadakan bagi mendekati kumpulan-kumpulan tersebut demi memahami keperluan mereka dan membantu mereka memulakan kehidupan baru di sini. Majlis tersebut diadakan di Hab Islam Singapura di Braddell Road.


Saya mencoba menggaris bawahi ucapan dari Timbalan Pengarah Pendekatan Masyarakat MUIS, Encik Zainal Abidin Ibrahim dalam liputan tsb.:

(1) Memang penting mendekati kumpulan-kumpulan baru itu dan memahami kesan kehadiran mereka terhadap institusi-institusi sosial dan agama setempat.
"Dengan cara ini kita dapat membantu mereka menyesuaikan diri dengan cara hidup di Singapura dan memahami kegiatan agama yang dianjurkan di sini".
Program pendekatan itu dimulakan Muis sejak awal tahun lalu dan sejauh ini pelbagai kegiatan telah diadakan. Menerusi program yang diadakan di masjid-masjid setempat, anggota kumpulan-kumpulan Islam baru itu berpeluang menjalin rangkaian kerja dan sosial bersama para pemimpin dan sukarelawan masjid setempat. Selain majlis iftar dan program di masjid-masjid setempat, Muis turut menyokong program dan kegiatan anjuran kumpulan-kumpulan baru Islam itu.

(2) "Memandangkan ramai anggota kumpulan-kumpulan Islam baru ini terdiri daripada para karyawan, mereka boleh dijadikan asset yang mampu memperkaya masyarakat umum"
MUIS menyedari peri pentingnya mendekati kumpulan-kumpulan tersebut bagi mengelak trend yang berlaku di negara-negara lain yang mengalami kemasukan pendatang Islam. Sering kali kegagalan mendekati, memahami dan mengenali kumpulan-kumpulan baru boleh menyebabkan rasa sangsi dan kadangkala ketegangan boleh tercetus yang berpunca daripada berbezaan budaya, sosial dan agama dalam kalangan penduduk setempat dan pendatang baru.

Saya berharap semoga kerjasama ini makin mesra dan menghasilkan kegiatan/produk yang lebih positif di masa depan ... insya Allah.

p.s:
berita ini disunting dari wartawan asalnya di link ini
foto kedua dari koleksi Ruly di sini.

No comments:

Post a Comment